Hijrah yang mengukir sejarah
Muqaddimah:
Beliau amat menyintai Kota makkah tempat tempat tumpah darah dan membesarnya serta sebahagian besar masa kehidupannya.Beliau pernah keluar dari kota Makkah sebanyak dua kali pertama sewaktu kecilnya dimana dia pergi bersama ibunya untuk menziarahi pakcik-pakcilnya di Madinah dan kali yang kedua ketika beliau menguruskan perniagaan Sayyidatina Khadijah …Penduduk kota Makkah amat menyukai beliau dan menggelarkan beliau dengan gelaran assadiq al amin tetapi mereka berpaling daripada beliau setelah beliau mengkhabarkan kepada mereka bahawa beliau adalah Nabi Allah….Pada peringkat permualaan mereka menawarkan Nabi dengan harta dan kedudukan tetapi nabi enggan menerima bahkan menegaskan yang beliau adalah utusan Allah kepada mereka.
13 tahun lama nya beliau menyeru kepada Islam selama itu jugalah mereka mennentangnya…Beliau keluar meninggalkan kota Makkah dan berhijrah ke madinah bersama-sama sahabat di dalam perjalanan yang penuh cabaran dan dugaan dimana pihak Quraiys telah menawarkan 100 ekor unta ganjaran kepada yang Berjaya menangkap beliau secara hidup mahupun mati.
Assalamualaikum w b.t
Saya Khalid Abu kheir akan menemani anda di dalam perjalanan menjelajah jalan penghijrahan nabi dari makkah ke madinah dan akan mengambil masa selama 2 tahun dan kami memerlukan kepastian jln dengan menggunakan helilopter utk kali yang pertama keran jarak jalan trsebut lebih kurang sejauh 450 km. kami telah bekerjasama dengan jabatan kaji bumi kerajaan Arab Saudi.
Episode yang pertama:
Aku Muammad bin Abdullah adalah utusan Allah kepada kamu semua untuk mengeluarkan kamu dari penyembahan berhala kepada penyembahan Allah yang telah menciptakan kamu dan alam ini- ini adalah petikan kata-kata rasulullah kepada pihak quraysh.
Hanya seboilangan kecil sahaja daripada lelaki dan perempuan yang beriman dengannya. Tetapi kebanyakkkan mereka adalah tergolong dlam golongan lemah dan hamba…
Pihak quraish berpendapat meskipun agama ini bertepatan dengan agama nabi ibrahin dan juga mengagngkan ka’bah tetapi ianya merupakan sumber bahaya kepada ekonomi dan politik mereka.kerana agama baru ini menyamakan kedudukan antara lelaki dengan perempuan, merdaheka dan hamba…kesemua mereka ini di dalam system agama Islam adalah sama di dalam hak2 dan tanggungjawab , jadi bagaimanakan pihak quraisy ingin berundur daripada kedudukannya yang mereka letakkan untuk mereka yang juga telah diperakui oleh Arab keseluruhannya
Mereka percaya bahawa apa yang dibawa oleh junjungan itu bukanlah syair atau prosa bahkan kandungannya ialah bhasa Arab yang mana mereka semua memahaminya dan menghalusinya tetapi mereka
Tidak mampu untuk untuk mengungkapkan sepertinya ketika mana beliau mencabar mereka untuk membuat sepuluh surah seperti yang terdapatdi dalam al quran kemudian 1 surah hinggakan satu ayat sekalipun.
Tetamu: Hijrah-hijrah para anbiya adalah rentetan daripada tekanan terhadap agama mereka, maka hijrahnya Baginda Rasulullah adalah disebabkan tekanan yang diberikan oleh pihak Quraisy serta kepungan dan siksaan sehingga kan Baginda terpaksa melakukan sesuatu perubahan
Tetamu: Oleh kerana berhala-berhala ini melambangkan asas aqidah bagi masyarakat jahiliah pada masa itu jadi apa jua bantahan yang dilakukan yang boleh menggugat dan menghilangkan kemaslahatan mereka akan mereka perangi habis habisan ini kerana berhala-berhala tersebut sebenarnya telah banyak mendatangkan keuntungan dari sudut ekonomi kepada mereka.
Maka tiba lah musim haji seperti mana setiap tahun tetapi pada musim haji kali ini pengunjung-pengunjung telah mendengar seorang daripada kaum Quraisy telah menyeru untuk menyembah tuhan yang maha esa daripada menyembah 360 patung yang berada disekitar kaabah dan juga di dalamnya.
“Bismillahhirrahmanirrahim” bacalah dengan nama tuhanmu yang telah menciptakan.
Para sahabat telah meninggalkan kota makkah pada bulan Rejab tahun kelima sesudah nabi diutuskan bilang mereka serami 10 orang kelaki dan 4 orang perempuan diktakan juga 5 orang,pihak quraisy cuba menjejaki mereka bagi menghalang mereka, tetapi pihak muslimin telah belayar menuju kehabsyah. Dihabsyah ada seorang raja yang mana nabi telah menerangkan sifatnya kepada mereka, raja yang adil dan tidak menzalimi mana-mana orang pun.pihak Quraisy cuba menjejak mereka sampai ke Habsyah dan cuba untuk mempengaruhi Raja Najasyi dengan memutarbelitkan fakta berkenaan Maryam juga puak Quraisy ini telah melakukan mesyuarat dengan pembesar pembesar Raja Najashi yang mana mereka semuanya adalah beragama Kristen dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad telah memperlekehkan Maryam dan juga anaknya iaitu Nabi Isa a.s.
Ekoran daripada peristiwa itu Raja Najashi hamper-hampir tidak mahu menerima dan memberi perlindungan kepada kumpulan orang muslimin dan mahu menghantarkan mereka pulang ke Makkah, sehingga salah seorang sahabat iaitu Jaafar bin Abi Talib membacakan kepada Raja Najashi permulaan surah Maryam yang menunjukkan ketinggian kedudukan Maryam dan juga anaknya nabi Isa disisi Baginda Rasulullah. Maka apabila telah mendengar semua penjelasan daripada Jaafar tadi maka Raja Najashi pun menyambut baik ketibaan kaum Muhajirin ke sana. Dan pulang lah kaum Quraisy tadi dalam keadaan putus asa.
Telah berlaku perubahan besar di dalam kehidupan orang-orang muslimin seolah-olah ada harapan didalam kehidupan mereka dalam menyebarkan dakwah dimana telah pada masa itu Hamzah bin Abdul Muttalib , bapa saudara nabi telah memeluk Islam bagi membantu anak saudaranya ini.Kemudian Allah telah menerangkan hati
hatinya dengan islam, serta meneguhkan hatinya, Hamzah ketika itu adalah pemuda quraisy yang terhandal, dan apabila beliau memluk islam maka pihak Quraisy tahu bahawa Rasulullah telah menjadi kuat yang mana bapa saudaranya akan melindunginya, jadi segala tindakan mereka yang mereka rancangkan terhadap Baginda Rasulullah akan terhenti dengan adanya orang yang melindungi Baginda Rasulullah.
Selepas peristiwa itu, maka Omar pula memeluk islam, pada ketika itu Omar mempunyai perwatakan yang kuat yang sukar digugat. Dengan Islamnya Omar dan Hamzah maka para sahabat menjadi semakin kuat. Pengislaman mereka merupakan pengislaman selepas keluarnya sahabat ke Habsyah yang membawa kekuatan kepada orang Islam dan pencetus semangat kepada kepada para sahabat untuk memperjuangkan Islam secara terang-terangan aqidah mereka.
Siri ( Saidina Omar sedang berteriak dihadapan penduduk Makkah : “ wahai penduduk Makkah, hari ini aku akan memberi tahu kamu bahawa aku telah memeluk agama Muhammad dan barang siapa yang hendak menentang aku maka datanglah kepadaku )
Maka pulanglah sahabat-sahabat yang berhijrah ke Makkah disebabkan islamnya hamzah dan omar mereka yakin dengan islamnya hamzah dan omar maka kedudukan orang islam semakin kuat.maka berhimpun lah pemimpin-pemimpin arab quraisy ketika itu di sebuah tempat di Darun Nadwah dalam perbincangnan mengenai Kaabah dan mengambil keputusan yang banyak.
Mereka telah melancarkan kempen besar-besaran mengenai pemesongan reputasi nabi di hadapan pemimpin-pemimpin Arab.mereka bersepakat mendakwa nabi sebagai orang gila, tukang sihir , tukang tilik yang dapat memisahkan antara suami isteri, anak dan ibu bapa maka waspada dengan beliau..kempen yang dilancarkan itu telah mula menampakkan hasilnya hinggakan ada dikalangan pengunjung kota Makkah yang meletakkan kapas ditelinga mereka untuk mengelak daripada terdengar dakwah yang disampaikan oleh Muhammad. Kempen ini juga tidak bertahan lama dimana para pengunjungtidak lagi menyumbat telinga dengan kapas bahan cuba mendengar apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah dan membuka minda mereka maka hati mereka menerima apa yang diseru oleh Rasulullah lantas mereka beriman kepadanya.
Tetamu: Dr Rasyid Muhammad al Ghannusyi : Dakwah nabi tidaklah bercorakkan kearah politik secara langsung.
Diantara misi yang telah disepakati dan diputuskan di Darun Nadwah ialah kempen mem”boikot” ekonomi untuk semua yang berketurunan bani Hasyim yang telah memeluk Islam dikalangan mereka termasuklah yang menyokong perjuangan Nabi saw iaitu bapa saudar Baginda Abu Talib dan juga daripada Bani Hasyim yang masih belum islam sekalipun. Ini menunjukkan perkara sesuatu perkara yang pelik dilakukan adalah rentetan daripada kekecewaan mereka terhadap perkembangan yang berlaku.
Slot cerita ( wahai abu talib aku akan serahkan ammarah anak aku kepada mu dia merupakan sebaik-baik pemuda quraisy dan yang palingbijak dikalangan mereka dan juga kacak..ambillah dia dan jadikan lan sebagai anakmu dia akan membantumu mengikut arahan mu, seperti salah seorang dari anakmu, dengan harapan agar kamu dapat menyerahkan Muhammad kepada kami
Yang telah menyeleweng daripada agamamu dan agama bapa mu dan yang telah menyebabkan perpecahan di kalangan quraisy dan kami akan memmbunuh dia dan bukankah itu satu keadilan?seorang ganti seorang ..apa pendapat kamu wahai Abu talib.Aku tidak menyangka itu sebagai satu keadilan….kenapa? Kamu semua ingin menyerahkan anak kamu kepada ku untuk aku bela dan aku serahkan Muhammad kepada mu untuk kamu bunuh dia? tidah boleh jadi, mulai dari itu maka Abu Talib telah bersatu dengan anak buahnya Muhammad bin Abdullah saw dalam misinya.
Pihak quraisy telah menulis perjanjian sekatan ekonomi kepada bani hasyim dan menggantungkannya di dalam kaabah, bani hasyim telah ditawan dan mereka berlapar beserta dengan rasulullah dan pengikutnya.maka berterusan lah kepongan dan sekatan itu selama 3 tahun.
Tetamu:
Masyarakat jahiliyah pada ketika itu dikuasai oleh kumpulan yang terpesong secara akida akhlak social mengatasi kebaikan..maka nabi hendak merentasi halangan kefasadan itu sama ada dari sudut pemikiran akidah social maka mereka berdiri dihadapan beliau dan mengekang beliau satu sekatan yang tidak adil iaitu selama 3 tahun.
Sekatan terhadap nabi dan pengikutnya bani hasyim bani almuttalib itu telah sampai kemuncaknya dimana mereka terpaksa memakan dedaun kayu dan dan tangisan anak kedengaran akibat kelaparan.
Semasa di dalam sekatan ini Baginda Rasulullah telah memerintahkan kepada kaum Muslimin untuk berhijrah ke Habshah buat kali yang keduanya. Pada hijrah kali ini seramai 83 orang lelaki dan 18 orang wanita telah menyertainya tidak termasuk anak-anak yang mereka bawa bersama pada ketika itu.
Semasa dalam sekatan nabi telah memerintahkan agar sebahagian orang muslim lelaki mahupun perempuan untuk berhijrah ke habsyah kali yang kedua.Maka yang berhijrah pada kali ini bilang mereka adalah seramai 83 orang lelaki, 18 orang wanita tidak termasuk kanak-kanak yang mengikuti mereka.
Selepas tiga tahun sekatan di kawasan penempatan Abi talib Allah telah mentaqdirkan pembatalan perjanjian tersebut yang didalangi oleh orang yang dihormati di kalangan kaum Quraisy.Yang mendalangi pembatalan perjanjian ini ialah Hisyam bin Amru al Hasyimi.maka dia bertanya kepada Zuhair bin Abi al Makhzumi manakala ibunya Atikah binti Abdul Muttalib. Lantas Hisyam berkata wahai Zuhair adakah kamu redha memakan makanan dan memakai pakaian serta berkahwin sedangkan pakcik makcik sebelah ibumu sepertimana yang kamu tahu tidak dapat melakukan apa seperti kamu.Kalau lah mereka itu semua kaum kerabat Abi al Hakam , nescaya dia tidak akan menjawb jemputan mu. Kemudian mereka berdua bermesyuarat dengan Mutim bin adiy, Abu al Bukhtari bin Hisayam dan zam’ah bin al Aswad.Mereka telah berjanji untuk bersua pada waktu malam nanti.
Di puncak kota Makkah. Mereka pun berkumpul di sana dan memutuskan urusan mereka untuk membatalkan perjanjian tersebut. Maka zuhair pun berkata : Aku yang memulakan dahulu maka aku yang akan mulakan perbicaraan kelak. Keesokan harinya mereka pun pergi ke tempat mereka bermesyuarat, disusuli oleh Zuhair bin Abi Umayyah lantas dia tawaf mengelilingi ka’bah sebanyak 7 kali. Selepas itu dia mengadap kearah orang ramai lalu berkata: Tergamakkah kita memakan makanan dan memakai pakaian sedangkan Banu Hasyim dalam keadaan kesusahan, tidak dapat membeli dan menjual? Demi Allah aku tidak akan berdiam diri sehinggakan perjanjian pemualauan(boikot) yang berat sebelah ini dibatalkan.Lantas berkata Abu Jahal: Pembohong, jangan sesekali kau cuba mengoyakkan perjanjian itu.Maka berkata pula Zam’ah bin Aswad kepada Abu Jahal: Kamu la yang lebih pembohong, kami tidak pernah bersetuju dan tidak pernah redha sama sekali dengan penulisan perjanjian ini dahulu.lalu berkata pula Abu al Bakhtari: Zam’ah adalah benar, kami tidak bersetuju dengan apa yang ditulis di dalamnya dan kami tidak memperakuinua. Lalu Mut’im bin Adiy berkata : Kamu berdua adalah benar, dan apa yang diperkatakan oleh selain daripada kamu berdua adalah salah.Pendapat ini dipersetujui oleh Hisyam bin Amru. Lalu Abu Jahal berkata: perkara ini telah diputuskan pada suatu malam dan bukannya di tempat ini, sedangkan Abu Thalib duduk disatu sudut di dalam masjid tanpa sebarang bicara.
Lalu Mut’im bin Adiy bangun untuk mengoyakkan perjanjian tersebut. Maka beliau mendapati anai-anai telah memakan kertas perjanjian tersebut melainkan beberapa perkataan saja yang masih tertinggal iaitu perkataan “ dengan namaMu ya Allah” . Mut’im bin Adiy dan Hisyam bin Amru berkata : kami berlepas diri dari perjanjian pemulauan (boikot) yang zalim ini dan kami tidak akan bersepakat dengan sesiapa pun dalam merosakkan diri kami sendiri mahupun ketua-ketua kami.lalu sebahagian daripada pembesar-pembesar Quraisy mengikuti jejak langkah mereka begitu juga Banu Hasyim dan orang-orang Muslimin keluar dari kawasan kediaman mereka.
Selepas peristiwa Bani Hasyim meninggalkan tempat kediaman mereka maka wafatlah Abu Talib, kewafatan itu berlaku pada akhir tahun ke 10 kenabian. Kaum Quraisy amat menghormati Abu Talib, ketika mana beliau hamper wafat, pembesar-pembesar Quraisy telah datang dan terus menerus memujuk beliau untuk berpegang teguh dengan agama mereka dan melarang bliau untuk memeluk Islam dengan berkata: Adakah engkau membenci agama Abdul Muttalib? Tetapi baginda Rasulullah saw tetap mengajak bapa saudaranya ini memeluk Islam dengan meminta beliau mengucapkan kalimah syahadah: Baginda berkata kepadanya: katkanlah tiada tuhan melainkan Allah , aku akan menjadi saksi kepada kamu nanti di hari Qiamat.Lalu Abu Talib berkata: kalau lah kerana Maluku terhadap kaum Quraisy yang akan mengecpku nescaya akan kuturutkan kehendakmu.Maka pada saat itu Allah menurunkan fimanNya “ Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi tetapi Allah lah yang memberi hidayah tersebut kepada sesiapa yang dikehendakiNya.sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang orang yang mendapat petunjuk: surah al Qasas ayat 56.
Setelah Abu Talib meninggal dunia diikuti isteri Baginda Khadija pada tahun yang sama juga maka tahun itu dikenali sebagai tahun kesedihan.Baginda rasa tertekan tinggal diMakkah lalu keluar darinya menuju ke Taif.Disana mereka tidak menerima baginda dan menyuruh anak-anak mereka melempar batu kearah baginda.Akhirnya Baginda pulang dengan kesedihan, maka tinggal lah satu impian baginda sekarang iaitu musim Haji dan Umrah.
Pada musim haji dan umrah kabilah-kabilah Arab bertawaf disekitar ka’bah, lalu baginda Rasulullah meminta sokongan dan pertolongan daripada mereka lalu berkata : sesiapa yang boleh menolongku didalam menyebarkan risalah tuhanku aku akan jamin baginya syurga. Dan begitulah seterusnya pada hari hari musim haji tersebut, baginda tidak serik-serik mengajak kabilah-kabilah Arab kepada Islam. Baginda telah pergi keperkampungan Kandah dan mengajak mereka memeluk Islam, kemudian kepada kaum Kalban, kemudian Bani Hunaifah, Bani Amir, Ghassan, Banu Fazarah, Banu Murrah, Banu sulaim, Banu Abbas, Banu Nasr, Tha’labah bin Ikabah, Banu Harith bin Kaa’b, Banu Uzrah, Qis bin al Khatim, Abu al yusr Anas bin Abi rafi’ dengan berkata kepada mereka semua: sesiapa sahaja dari kalangan kamu semua ini membawaku kepada kaumnya serta dapat menjagaku hinggakan aku dapat menyampaikan risalah tuhanku,sesungguhnya kaum (MS 6)Quraisy telah melarang ku berbuat demikian. Sedangkan bapa saudara Baginda Abu Lahab mengekori baginda dan berdiri dibelakang baginda seraya berkata kepada orang ramai: Jangan kamu semua mendengar apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia ini adalah pendusta.
Halangan dan rintangan yang diterima oleh baginda bukan setakat itu sahaja bahkan lebih berat daripada itu Pernah suatu ketika tatkala Baginda berdakwah dengan berkata: “Wahai manusia katakanlah bahawa tiada tuhan melainkan Allah nescaya kamu akan beroleh kemenangan” ada diantara mereka yang meludah kemuka baginda ada yang mencampkan tanah kepada Baginda dan ada juga yang mengejeka dan mencaci baginda sehinggakan disatu hari baginda menemui putrinya zainab yang membawa air untuk membasuh muka dan tangan baginda lalu berkata : “wahai anakku janganlah kamu bimbangkan ayahanda kamu ini andainya dia kalah atupun dihina” .
Maka kabilah-kabilah Arab yang ada telah mempunyai pelbagai reaksi diatas situasi yang berlaku.Puak Quraisy contohnya masih berdegil dan enggan menerima seruan.Ada pula kabilah yang mensyaratkan sekiranya ingin membantu Baginda agar mereka akan mendapat kekuasaan sekiranya Baginda Rasulullah Berjaya dalam dakwahnya.Baginda telah menolak semuanya ini dengan berkata : “Semua urusan itu adalah kepunyaan Allah dan Dialah yang akan memberikannya kepada yang dikehendakiNya”.
Sehinggalah baginda sampai kepada Jemaah haji yang datang dari yasthrib daripada penduduk Madinah dari suku kaum Khazraj , Allah telah membuka hati dan fikiran mereka, lalu mereka beriman.Ini lah merupakan permulaan yang positif sepertimana yang pernah diriwayatkan bersama sekumpulan Jemaah haji dari suku kaum khazraj pada musim haji di Aqabah Mina.
Disini adalah tempat pertemuan pertama diantara Baginda Rasulullah dengan suku kaum Khazraj, juga merupakan tempat dimanan Saidina Ibrahim melempar Iblis yang cuba melarang beliau daripada berlaku taat kepada arahan Allah melalui mimpi yang mana telah menyuruh beliau agar menyembelih anak beliau.Ketika itu tempat ini merupakan tempat kemenangan bagi Saidina Ibahim manakala sekarang adalah tempat yang bakal menyaksikan kemenangan kepada Dakwah Baginda Rasulullah.Jadi tidak hairanlah tempat ini menjadi sebagai tempat penguat iman bagi setiap musim haji.
Baginda rasulullah bertanyakan kepada mereka: siapakah kamu semua? Lalu mereka menjawab kami dari suku kaum Khazraj, Baginda bertanya lagi : apakah kamu semua pengikut yahudi? Mereka menjawab : ya, Baginda berkata lagi: tidak sudikah kamu semua duduk seketika untuk aku bercerita kepada kamu? Maka mereka pun duduk bersama dan Baginda mengajak mereka beriman kepada Allah dan menerangkan kepada mereka tentang Islam serta membaca beberapa potong ayat al Quran.ketika mana Baginda Rasul menerangkan kepada mereka tentang Islam maka mereka berkata sesama mereka dan mengatakan: adakah kamu semua tahu demi Allah dia adalah Nabi yang agama yahudi ceritakan kepada kamu, maka janganlah sesekali mereka mendahului kamu semua.Jadi kesemua suku kaum Khazraj ini menerima pelawaan Baginda Rasulullah untuk memeluk Islam dan mereka berkata: kami telah meninggalkan kaum-kaum kami yang lain yang mana mereka semua tiada permusuhan antara satu sama lain maka kami berharap semoga Allah menyatukan mereka dengan kamu dan kami akan mempelawa mereka agar memeluk Islam dan menurut perintahmu.Sekiranya Allah menyatukan mereka dengan kamu maka tiadalah manusia terhebat melainkan kamu.Maka merekapun meninggalkan Baginda Rasulullah menuju ke kampong halaman mereka.Mereka telah beriman dan mempercayai baginda Rasulullah.Mereka adalah terdiri 6 orang kesemuanya.Mereka ialah As’ad bin zurarah, Auf bin al Harith, dari bani Najjar, Rafi’ bin Malik, Qutbah bin A’mir dan Jabir bin Abdullah bin Riab. Apabila mereka semua sampai di Madinah maka mereka mengkhabarkan kepada kaum mereka tentang pertemuan mereka dengan Baginda Rasulullah dan mengajak mereka memeluk Islam sehinggakan berita ini tersebar hinggakan tiada sebuah rumahpun daripada rumah-rumah kaum ansar melainkan kesemuanya mengenali Baginda Rasulullah.
MS 7
Pada tahun berikut nya mereka pergi bertemu Baginda Rasulullah dan kali ini bilangan mereka lebih ramai, turut serta bersama mereka juga sebilangan daripada suku kaum Aus yang mana sebelum ini mereka telah menyakini bahawa Baginda adalah Nabi Allah yang mana orang-orang yahudi berwaspada terhadap mereka dengan kehadirnnya . Orang Yahudi ada mengatakan bahawa sesungguhnya kami ada mendapati di dalam kitab-kitab kami akan muncul seorang nabi dan kami akan mengikutnya dan kami akan membunuh kamu bermula dari sekarang. Justeru telah berkata salah seorang muslim dari kaum Aus dan Khazraj ini :Demi Allah sesungguh nya dialah Nabi yang diceritakan oleh agama Yahudi maka kamu semua ikutilah dia sebelum orang Yahudi mengikutinya(membunuhnya) Maka beriman lah mereka dan mereka juga telah berjanji taat setia dengan Baginda Rasulullah untuk membantu dan menyokong Baginda dan dinamakan perjanjian taat setia ini dengan “baiatul Aqabah al Ula”.
Abdullah bin Shamit telah berkata tentanga Bai’ah al Aqabah yang pertama : Kami pada ketika itu ada seramai 12 orang lelaki, kami beriqrar janji dengan Rasulullah untuk tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak dan tidak membuat fitnah serta mentaati baginda.Sekiranya kami setia dengan iqrar dan janji ini maka kami dijamin syurga, tetapi sekiranya kami khianat maka terserahlah kepada untuk menghukum atau mengampunkan kami.
Baginda Rasulullah saw telah mengutus bersama mereka yang berbai’ah dengan baginda seorang sahabat yang bernama Mus’ab bin Amir untuk mengajar mereka ilmu agama, membaca al Quran dan dia digelara alMuqri’.beliau juga dipilih oleh Baginda Rasulullah untuk mengimamkan solat disebabkan keperibadian beliau yang mempunyai akhlak mulia, tabah, kuat iman, bersemangat waja, kuat hafalan, disamping beliau sudah tahu selok belok keadaan di Madinah.Dengan pakej yang lengkap ini maka Amir telah berjaya dalam tempoh beberapa bulan sahaja untuk menyebarkan Islam di setiap rumah di Madinah. Dan beliau juga telah Berjaya mengislamkan pembesar-pembesar kaum di sana seperti Sa’ad bin Muaz dan Asid bin al Khudhair. Selepas islamnya 2 pembesar ini maka ramai lah pengikut-pengikut mereka berdua yang memeluk Islam.
Misi pengutusan Mus’ab bin Amir r a ke Madinah telah pun berjaya sebagai guru agama, mengajar al Quran, Tafsir serta menjadi orang tengah dalam mempererat hubungan persaudaraan diantara kaum Aus dan Khazraj di sana. Manakala di Makkah, baginda Rasulullah dan para sahabat yang lain sedang berusaha mewujudkan kaedah yang selamat untuk mempertajamkan dakwah apabila mereka ke sana kelak.
Khaled: Ketika mereka semua datang untuk menunaikan haji di Mekkah, mereka meminta agar Baginda Rasulullah berhijrah ke Madinah, di Masjid ini lah terlaksananya Bai’ah al Aqabah yang kedua. Sewaktu dulu kedudukan masjid ini adalah terlindung diperkampungan diantara gunung-ganang din Mina , Ianya tidak kelihatan melainkan setelah dilaksanakan projek perataan gunung yang berada didepannya bagi memperluas tempat melontar jamrah pada tahun 2009.Seperti mana yang anda lihat juga tempat ini merupakan sebagai saksi perjanjian besar dalam pembinaan umat Islam dimana kaum Ansar telah datang dari Madinah menyerahkan jiwa dan raga demi menolong dan menyokong Baginda Rasulullah serta agamanya.Disini juga kaum wanita telah mengambil bahagian untuk pertama kalinya didalam iqrar janji menyokong Baginda Rasulullah.Oleh yang demikian maka selayaknya tempat ini di jaga dan dikekalkan bagi generasi akan datang mengingati cerita permulaan penghijrahan Baginda Rasulullah saw.
Jabir bin Abdullah yang telah meriwayatkan di dalam sebuah hadith yang panjang kepada kita bagaimana permulaan hijrah dengan berkata:
MS 8
Ketika mana para Ansar bercerita tentang keadaan Baginda Rasulullah di Makkah, lantas kami berkata : sampai bilakah kita membiarkan Baginda Rasulullah saw berada pergunung Mekkah sedangkan beliau berada didalam keadaan bimbang? Lalu pergilah mereka mendapatkan Baginda Rasulullah pada musim haji dengan bilangan mereka seramai 70 orang lelaki.
Riwayat ini juga telah diceritakan oleh seorang sahabat yang lain yang juga turut serta di dalam Bai’ah kedua ini iaitu Kaab bin Malik al Ansari: Kami telah keluar bersama Jemaah haji orang-orang Musyrik dan kami telah bersolat kemudian kami meneruskan perjalanan menuju haji dan kami telah berjanji dengan Baginda Rasulullah akan berjumpa di Aqabah pada pertengahan hari-hari tasyriq.Kami telah menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan orang-orang Musyrik yang berada bersama kami. Malam itu kami tidur bersama Jemaah kami ditempat penginapan kami.sehinggalah berlalu sepertiga malam maka kami pun keluar untuk mendaptkan Baginda Rasulullah.Kami keluar dengan penuh berhati-hati sehinggalah kami sampai di al Aqabah. Bilangan kami pada ketika itu adalah seramai 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan iaitu Nusaibah binti Ka’ab dan Asma’ binti Amru.Kami berlumpul menunggu Baginda Rasulullah sehingga lah Baginda datang bersama dengan bapa saudar Baginda al Abbas bin Abdul Muttalib yang mana ketika itu masih lagi didalam agama nenek moyang mereka tetapi dia berminat untuk menghadiri urusan anak saudaranya.Apabila mereka mulai duduk, maka al Abbas memulakan kata-kata dan beliau menerangka bahawa Baginda Rasulullah sedang di dalam pengawasan kaum nya, maka Baginda ingin berhijrah ke Madiah dan al Abbas ingin kan kepastian perlindungan daripada pihak Ansar terhadap Baginda Rasulullah.Maka pihak Ansar meminta Baginda Rasulullah berbicara apa sahaja yang diinginkan dan meletakkan apa jua syarat yang dirasakan perlu.
Baginda Rasulullah berkata: Aku meminta kamu beriqrar janji dengan ku supaya kamu semua boleh menjagaku sepertimana kamu semua menjaga isteri anak-anak mu.Maka disaat itu Bara’ bin Ma’rur telah megang tangan Baginda Rasulullah lantas berkata: Ya, Demi Allah yang telah mengutuskan kamu dengan kebenaran, kami akan menjaga dan melindungi kamu sepertimana kami menjaga keluarga kami, terima lah iqrar janji kami ini wahai Rasulullah, kami merupakan ahli dan pakar di dalam peperangan dan ahli Halaqah yang telah kami warisi dari nenek monyang kami.Lalu Abu al Haitham bin al Tihan mencelah dan bertanya: Wahai Rasulullah sesungguh kami mempunyai ikatan dengan kaum kami(orang yahudi) sekiranya kami memutuskan ikatan tersebut adakah tidak mengapa bagi pihak kamu? Dan kemudian selepas Allah memberi petunjukNya kepada kamu, adakah kamu akan meninggalkan kami pula? Maka tersenyumlah Rasulullah saw dan berkata: “Bahkan darah dibayar dengan darah, kemusnahan dibalasa dengan kemusnahan, aku merupakan sebagian daripada kamu semua, dan kamu semua adalah sebahagian daripadaku.Aku akan memerangi siapa yang kamu perangi dan aku akan berdamai dengan sesiapa yang mahu berdamai denga kamu.”
Kemudian Baginda menyambung lagi : “keluarkanlah seramai 12 orang ketua dikalangan kamu agar menjadi pemimpin kepada kaum masing-masing” lalu keluarlah 9 orang dari suku kaum Khazraj dan 3 orang dari suku kaum Aus.
Tetamu: komentar tambahan:
Perjanjian setia ini sama ada Bai’ah Aqabah yang pertama mahupun yang kedua bukan lah semata-mata iqrar janji biasa sahaja. Bai’ah yang pertama atau yang dikenali sebagai Bai’ah an Nisa’ adalah merupakan perjanjian setia mempertahan Islam manakal Bai’ah yang kedua adalah iqrar janji untuk memerangi kaum yang berkulit putih dan Merah (musuh Islam) dan mereka benar-benar sudah bersedia untuk melindungi Dakwah Islam dan Rasulullah sebagaimana mereka semua melindungi diri mereka dan keturunan mereka.
Disini lah bermula cerita …cerita penghijrahan yang bakal mengukir sejarah semenanjung tanah Arab bukan setakat itu sahaja bahkan sejarah kemanusian sekali..
MS 9:
Kita akan menaiki helicopter untuk kita pergi ketempat permulaan perjalanan hijrah Rasulullah dari makkah ke madinah, ini adalah arafah dan kita sekarang naik menuju ke mina di mana disana tidak terdapat helicopter melainkan pada musim haji sahaja, maka kita akan gunakan kesempatan ini untuk mengenali semua tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Makkah yang mempunyai kaitan dengan peristiwa Rasulullah.Kita akan mulakan dengan Arafat.
Kita minta daripada kapten untuk mula daripada Makkah kerana ingin memberitahu anda semua berkenaan bentuk gunung ganang disekitar Makkah yang mencabar, dan bagaimana Rasulullah dan Abu Bakar meninggalkan Makkah menuju ke gua Thur dan bersembunyi di dalamnya 3 hari.
Kita sekarang di atas Arafah menuju ke muzdalifah, wadi mehsir merupakan lembah tempat berlakunya peristiwa lontaran batu keatas tentera Abrahah dari yaman yang datang ke makkah untuk mruntuhkan kaabah iaitu pada tahun lahirnya baginda rasulullah.
Sekarang kita terbang diatas mina, Khemah-khemah dibawah ini merupakan tempat penempatan Jemaah haji pada hari tasyriq dan seperti mana yang anda semua saksikan kita sekarang berada hamper dengan tempat polontaran jamrah dan kelihatan juga Jamrah Aqabah dan Masjid al baiah dimana disanalah tempat baginda Rasulullah membaiahkan para ansar “baiah Aqabah”.
Kita berada berhampiran dengan gunung al Nur dan kita minta supaya Kapten berlegar mengelilingi gunung ini untuk kita tunjukkan dimanakah gua Hira iaitu tempat pertama rasulullah menerima wahyu. Cuba lihat para Jemaah haji memanjat gunung tersebut untuk mendapatkan keberkatan tempat dimana raslullah beribadat didalamnya dan juga mereka ingin menyaksikan bentuk pemandangan kaabah secara jelas dari sini.
Sekarang kita menuju ke masjid al haram, …dan ini rumah baginda rasulullah yang mana sekarang ini telah dibina diatas tapak rumah tersebut perpustakaan masjid al haram.dan kedudukannya adalah dipenghujung lapangan yang berhampiran dengan marwa.
Selepas selesainyai baiah yang kedua yang mana telah membawa dakwah Islam kepada ufuk yang lebih luas maka Baginda rasulullah pun menjadi tenang..Allah telah menjadikan kepadanya. dan pertolongan tetapi Allah menurunkan ujian yang lebih berat terhadap orang muslim daripada orang-orang musyrikin..setiap kali para pengikut selagi itu lah mereka akan menyusahkan mereka…para pengikut baginda menerima kecaman lebih teruk daripada yang mereka terima sebelumnya.maka mereka mengadu kepada rasulullah dan Rasulullah berkata kepada mereka “ aku telah menunjukkan kepada kamu tempat untuk kamu semua berhijrah.Kemudian dia menetap untuk beberapa hari dan keluar dengan keadaan gembira seraya berkat : telah ku khabarkan tempat penghijrahan kamu iaitu yathrib sesiapa yang hendak pergi ke sana maka pergilah. Maka mereka semua pun bersip-siap dan mereka pun keluar samaada berkumpulan-kumpulan mahupun berseorangan dengan keadaan senyap-senyap.
MS10
Siri: (aku akan jadikan suara ini memakan dagingmu? Satu satu.
Pihak Quraisy merasakan terancam sekiranya baginda rasulullah berhijrah lantas mereka berkumpul di dar al nadwah seramai 14 orang pembesar Quraisy untuk merancang apa tindakan yang akan dilakukan terhadap rasulullah.Abdullah bin Abbas telah meriwayatkan bahawa tatkala mereka berkumpul mereka telah berjanji untuk datang semula ke dar annadwah untuk bermesyuarat. Maka tiba lah hari yang dijanjikan itu. Hari tersebut dianamkan hari zahmah, pada masa itu Iblis menjelmakan dirinya sebagai seorang syekh.dia berdiri dihadapan pintu. Maka pihak quraisy bertanyakan kepada syekh? Siapkah kamu wahai syekh.lalu iblis menjawab: saya dari ahli Najd.saya telah mendengar tentang apa yang bakal mesyuaratkan maka saya datang untuk mendengar dan memberi sedikit nasihat dan pendapat.maka mereka pun mempelawa syekh itu masuk.di dalam perjumpaan itu telah hadir orang-orang kenamaan quraisy .
Perbincangan yang panjang telah berlaku di dar al nadwah tentang apa yang perlu dilakukan terhdap nabi Muhammad. Maka berkata lah Abu al aswad : kita keluarkan dia dan halau dia dari negeri kita.
Berkata pula Iblis yang menjelama sebagai tuan syekh
Berkata pula Abu al bukhtari: Kurungkan dia di dalam penjara
Maka berkatalah Abu jahal : Demi Allah
Ms 12. Episode ke 2
Makkah tidak dapat lagi untuk menahan Baginda Rasulullah untuk kekal di buminya meskipan keupayaan menyambut bangsa Arab pada musim haji dan umrah. Tahap kebencian kaum quraisy terhadap baginda telah sampai kekemuncaknya. Dan mereka yang memperjuangkan mendokong baginda juga turut telah meninggal dunia. Rasulullah telah menyuruh semua sahabat-sahabatnya untuk berhijrah sebelumnya untuk menjaga mereka dari kaum quraisay . Kaum quraisy mahukan baginda rasulullah sekiranya baginda rsulullah berhijrah terlwbih dahulu daripada para sahbatnya nescaya kaum quraisy akan membunuh kesemua pengikut baginda atau mennggunakan mereka sebagai tebusan sehinggakan baginda menyerahkan diri kepada mereka.maka bermula perancangan untuk perjalanan yang bakal mengukir sejarah iaitu penghijarahan baginda rasulullah ke kota Madinah.
Selepas kaum quraisy gagal menyekat para sahabat r a daripada berhijrah ke kota Madinah. Mereka dapat merasai situasi yang kurang baik dan mereka takut akan kedudukan ekonomi yang bakal tergugat begitu juga kedudukan mereka dikalan qabilah-qabilah Arab. Justeru mereka lebih takut terhadap penghijrahan rasul . telah diriwayatkan okeh Aisyah ra nabi tidak pernah tersalah datang ke rumah abu bakar pada siang hari sama ada waktu pagi atau waktu petang hingga sampai masa yang baginda telah diizinkan untuk berhijrah untuk meninggalkan kota Makkah yang mana baginda datang ke rumah kami pada waktu tengah hari waktu yang nabi tidak pernak=h datang sebelum ini aisyah berkata lagi : tatkala baginda melihat Abu bakar serayabersabda: Rasulullah s a w tidak pernah datang di saat ini melainkan ada perkara yang berlaku.
Aisyah berkata lagi: apabila dia masuk, Abu Bakar agak lewat sedikit bangun dari katilnya maka baginda pun duduk semasa itu tiada sesiapa bersama Abu bakar melainkan kami (Aisyah dan Asma) maka bersabda lah rasulullah : keluarkan semua yang ada pada kamu.
Ms 13
Maka Abu Bakar pun menjawab Cuma yang hanya anak-anakku sahaja maka baginda pun bersabda : sesungguhnya telah diizinkan kepada ku untuk keluar berhijrah maka Abu bakar bertanya : para sahabat wahai rasulullah? Hadith masih berbaki
Tetamu: Abdullah bin uraiqit adalah seorang yang bukan islam dan dia telah membawa nabi berhijrah ke madinah. Dia mahir dalam selok-belok perjalanan. Dia tahu jalan yang belum pernah ditempuh atau dilalui oleh org lain.dia berasal daripa keluarga bani addil dili, dan bukannya Khuzai.Nabi menggunakan khidmatnya selepas nabi mempercayainya dalam menunjukkan jalan dan menemani mereka hingga sampai ke madinah.selepas itu Abdullah bin Uraiqit kembali semula ke Makkah dan dia telah bertemu Abdullah bin Abu bakar lantas memberitahu yang Rasulullah dan bapannya telah selamat sampai di madinah.Abdullah adalah seorang amanah serta mahir selok belok jalan.
Rasulullah s a w meninggalkan rumah nya pada 27 safar tahun 13 hijrah, menuju ke rumah sahabatnya Abu Bakar dan mereka meninggalkan rumah melalui pintu belakang untuk keluar dari kota makkah sebelum fajar menyinsing.
Apabila Baginda Rasulullah menyedari yang kaum quraisy akan melakukan tindakan ekoran penghijrahannya ini yang sepatutnya akan menempuh jalan utama menuju ke madinah melaui sebelah utara maka baginda rasulullah telah menempuh jalan yang bertentangan iaitu jalan kearah selatan Makkah menuju ke Yaman.Mereka melalui jalan ini sejauh lima batu sehingga mereka sampai di sebuah gua yang dinamakan gua Thur.Gua ini merupakan gua yang tinggi, jalan ke arahnya yang sukar mempunyai batu-batan yang banyak maka Baginda rasulullah pun terpaksa berjalan berkaki ayam dan Abu Bakar memapah Baginda hingga sampai ke puncak gunung yang mana disitu terdapat sebuah gua yang dinamakan gua thur.
Abu Bakar berkata kepada Rasulullah : masuk lah wahai Rasulullah. Maka Rasulullah pun masuklah ke dalam gua tersebut.
Tetamu: Abu Bakara sebelum mempersilakan baginda rasulullah masuk kedalam gua terlebih dahulu membersihkannya dan meminta pelepasan .Abu Bakar juga telah menutup semua lubang-lubang yang terdapar di dalam gua melainkan 2 lubang yang berbaki kerana tiada benda yang terdapat disekeliling untuk menutupnya.Maka Abu bakar menutupnya dengan tapak kaki nya.Baginda rasulullah pun berehat di peha Abu bakar lantas tertidur. Tanpa disedari seekor kala telah menyengat kaki Abu Bakar. Beliau menangis kesakitan. Jatuhlah air matanya itu di pipi baginda rasulullah.Baginda rasulullah pun sedar lantas bertanya kepada abu bakar dan beliau pun memberitahu baginda maka baginda pun menawarkan bisa itu dengan air liur baginda dan kesakitan akibat bisa itu pun reda.Ini adalah antara mukjizat-mukjizat junjungan besar nabi Muhammad.
MS 14
Khaled: Sekarang kita akan pergi ke gunung thaur dimana disana bermulanya perjalanan hijrah ini.
Ini lah dia gunung thaur dipuncakkanya terdapat gua thaur dimana Baginda pernah singgah di dalamnya cuba lihat disana, Jemaah haji telah membuat trak untuk sampai ke gua tersebut semata-mata untuk duduk di dalamnya di tempat yang mana baginda dan Abu bakar pernah duduki dahulu.
Gua Thaur terletak sebelah Barat daya gunung dengan ketinggian 458m dari aras laut. Ianya terhasil daripada hakisan yang terhasil daripada ketulan-ketulan batu gunung yang besar yang memanjang dari timur kebarat.panjang dan lebar gua tersebut adalah 3.5m manakala tingginya 1.25m sahaja.ia mempunyai 2 tempat masuk disebelah barat dengan ketinggiannya sekarang 70sm dan lebar 85sm dan disini lah tempat Baginda Rasulullah dan Abu Bakar masuk.dan satu lagi tempat masuk disebelah timur yang lebih kecil berbanding di sebelah barat.kemungkinan juga berlaku perubahan dari sudut ukuran tempat masuk tersebut akibat factor semulajadi.Jaln untuk menuju ke sini amatlah sukar dan berbelok-belok, terpaksa memanjat batu batan besar yang tinggi. Ada diriwayatkan bahawa gunung ini dinamakan gunung thaur iaitu kerbau kerana bentuk nya yang menyerupai badan kerbau disamping kaki gunung arah selatan tersebut juga adalah berbentuk wajah kerbau.
Aisayah r a. berkata kami telah memperlengkapkan mereka (Baginda rasulullah & Abu Bakar. Kami buatkan mereka dan diletakkan di dalam bekas. Lantas Asma memotong tali pinggangnya(nitoq) lalu mengikat kannya pada bekas tadi dengan itu maka dengan itu digelarkan la Asma dengan gelaran “yang empunya 2 talipinggang.”maka Baginda rasulullah dan Abu Bakar pun tiba di gua Thaur dan mereka bersembunyi di dalamnya selama 3 hari. turut serta bersama mereka jalah Abdullah bin Abu Bakar seorang remaja yang pintar. Dia bergerak daria gua pada penghujung malam dan tiba di Makkah pada sebelah paginya untuk mendengar apa jua berita yang diceritakan oleh kaum quraisy tentang baginda Rasulullah dan bapanya abu bakar untuk disampaikan kepada mereka apabila malam menjelma kelak. Mereka berdua turut dibelakalkan oleh Amir bin fuhairah iaitu pembantu(hamba) abu bakar kambing untuk diminum susunya.Dia melakukan semua ini selama 3 hari Manakala abdul bin uraiqat telah berjanji untuk datang ke gua thaur dengan membawa 2 ekor unta tunggangan .Dalam perjalanan seterusnya ikut serta bersama mereka Amir bin fuhairah disamping Abdullah bin Uraiqat sebagai penunjuk jalam.Mereka semua mengikut jalan pesisir pantai.
Tetamu: Amir bin Fuhairah somoga Allah memuliakannya telah memberi khidmat kepada baginda Rasulullah dan juga mengiri baginda berhijrah.Beliau dari qabilah al Tamimi dilahirkan di “al asd” berkulit gelap. Beliau telah di siksa kerana mempertahankan agamanya. Lalu beliau dibeli oleh Abu Bakar dan dibebaskan.dan turut serta berhijrah bersama baginda dan Abu Bakar ke madinah.
Tidah seorang pun yang tahu tentang Baginda Rasulullah meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah kemadinah melainkan Saidina Ali bin Abi Talib dan juga keluarga Saidina Abu Bakar.
Ms 15
Asma binti Abu Bakar turut menyumbang dalam membekalkan Baginda Rasulullah dan Abu Bakar dengan air minuman dan makanan ketika kedua mereka berada digua. Beliau menanggung jerih dan payah di jalan Allah.Beliau pernah berkata : tatkala Baginda Rasulullah dan saidina Abu Bakar keluar meninggalkan kota Makkah maka kami didatangi oleh sekumpulan lelaki quraisy antarnya ialah abu Jahal bin Hashim. Mereka semua tercegat dihadapan pintu maka Asma pun keluar untuk menemui mereka. Mereka pun bertanya kepada Asma dimanakah bapa mu? Maka Asma katakan aku tidak tahu di mana bapaku. Abu Jahal mengangkat tangannya lalu menampar pipi Asma hinggakan tercampak subang dari telinganya kemudian mereka semua pun beredar.
Tinggallah Asma dan adik beradiknya di makkah tanpa menunjukkan sebarang reaksi kesusahan sehinggalah Baginda Rasulullah s a w mengutuskan Zaid Bin Harithah dan Abu rafi’ maulah dan diberi bersama mereka 2 ekor unta dan 500 dirham untuk dibawa ke makkah bagi menjemput Fatimah, umm kalthum anak baginda rasulullah, saudah binti zama,ah isteri baginda, Usamah bin zaid, ibunya Barakah yang di gelar Um aiman serta bersama mereka juga Abdullah bin Abu Bakar serta keluarganya termasuklah Aisyah dan Asma. Apabila mereka semua sampai di Madinah mereka ditempatkan di rumah Harithah bin Nu’man.
Adapun Saidina Ali bin Abu Talib Baginda Rasulullah telah memerintahkan beliau untuk lewat dalam penghijrahannya dimana Baginda Rasulullah meminta beliau untuk menyerahkan amanah yang kepada orang-orang tertentu. Baginda Rasulullah adalah kepercayaan orang-orang di Makkah apa jua yang dikhuatiri mereka akan benda tersebut maka mereka akan meletakkannya pada Baginda Rasulullah untuk dijaga oleh baginda. Kerana mereka mengetahui tentang kebenaran dan keamanahannya.Maka saidina Ali mengambil alih selama 3 hari tiga malam tempat baginda untuk mengembalikan semula barang-barang yang diamanahkan terhadap Baginda Rasulallah untuk dipulangkan kepada tuan empunya barangan tersebut. Setelah semuanya selesai diserahkan maka belia pun berhijrah mengikuti Baginda Rasulullah.
Baginda Rasulullah tidak mahu menaiki unta tunggangan yang telah disediakan oleh sahabatnya Abu Bakar untuk berhijrah melainkan dengan membayar harganya kepada Abu Bakar.dan harga tersebut telah dijadikan sebagai hutang baginda kepada Abu Bakar yang perlu dilangsaikan. Disuatu ketika baginda rasulullah berdiri dihadapan …..pasar Makkah seraya bersabda: demi Allah sesungguhnya engkau(makkah) adalah sebaik-baik bumi Allah, bumi Allah yang paling Allah sayangi dan kalau lah bukan kerana aku ini dipaksa keluar darimu nescaya aku tidak akan keluar meninggalkanmu.
Tetamu: Hijarah ini merupakan satu permulaan bagi projek politik di Makkah sebelum ini merupakan projek keagamaan manakala di Madinah pula merupakan permulaan projek kearah politik yang lebih sempurna dan menyeluruh seperti system peperangan dan keamanan system perundangan system ekonomi…
Kaum kafir Quraisy pun mencari baginda Rasulullah di segenap pelusuk, mereka telah memerintahkan ahli Miyah untuk mencari baginda dan menawarkan kepada mereka ganjaran sekiranya mereka menemui Baginda Rasulullah dengan ganjaran yang lumayan.Mereka menjejaki Baginda Rasulullah hingga ke gua thaur dan mereka pun naik kepuncaknya hinggakan Baginda Rasulullah dan Abu Bakar mendengar suara mereka, Abu Bakar mula merasa dukacita, takut dan sedih lantas beliau berkata: wahai Rasulullah kalaulah salah seorang daripada mereka melihat kebawah kaki mereka nescaya mereka akan dapat melihat kita.Maka Baginda Rasulullah pun bersabda: wahai Abu Bakar jangan lah kamu menyangka kita berdua sesungguhnya Allah ada bersama kita.
Kaum kafir quraisy menjejaki kesan perjalan sehingga lah mereka semua sampai di kaki gunung maka kesan tapak kaki pun tidak berap jelas kelihatan.Mereka terus menjejaki sehinggalah kepuncak di mana gua terletak disana. Mereka pun lalu di depan gua tempat persembunyian Baginda Rasulullah dan Abu Bakar, mereka mendapati ada sarang labah-labah dihadapan pintu gua tersebut maka mereka pun mengandaikan bahawa sekiranya ada sesiapa yang masuk kesini sudah pasti sarang labah-labah ini tidak terdapt disini..
Ms 16
Kaum quraisy telah mengekori Baginda Rasulullah sehingga sampai kepintu gua.Sebelum sampai kepintu gua mereka telah menjejaki kesan tapak kaki di dalam perjalanan lalu mereka membawa soerang yang pakar di dalam ilmu mengesan jejak dari Qabilah bani Mudlij. Apabila A’rabi itu melihat dan meneliti kesan tapak kaki itu maka dia pun berkata kepada mereka bahawa ini adalah tapak kaki 2 orang yang di hadapa adalah tapak kaki Ibnu abi Kuhafah iaitu Abu Bakar, manakala yang dibelakang aku tidak tahu tetapi ianya menyerupai tapak kaki tuan kamu dekat ka’bah, yang dimaksudkan disini ialah tapak kaki nabi Ibrahim di makamnya dekat ka’bah.A’rabi ini telah mempercayai kebenaran hadith Nabi di mana baginda Rasulullah pernah bersabda bahawa Aku menyamakan anak aku Ibrahim dengan Ibrahim(Nabi Ibrahim).
Hari hari di dalam gua pun telah berlalu dengan selamat Cuma satu insiden berlaku dimana tangan Baginda Rasulullah ditimpa batu dan menyebabkan pendarahan lantas baginda bersabda.
Khaled: Penerangan tentang jalan-jalan yang ditempuh oleh baginda ketika hijrah tercatat di dalam buku-buku sejarah antara buku yang mencatatkan dengan begitu terperinci ialah buku hasil karangan Ibnu Hisyam.
Ibnu Hisyam pernah menulis di dalam karangannya tentang tempat-tempat yang dilalui oleh Baginda Rasulullah ketika hijrahnya
Ketika mereka keluar bersama dengan penunjuk jalan..
Dan ketika mereka tiba di al araj mereka hendak bertanyakan jalan, maka salah seorang al qatinain dan beliau menerangkan bahawa jalan yang paling hampir ada pencuri dua orang pencuri dari kabilah Aslam, mereka digelar sebagai almuhan. Tetapi baginda Rasullullah tidah mengambil kesah terhada maklumat itu lalu mereka pun mengikut jalan tersebut.Apabila mereka bertembung dengan dua orang pencuri itu maka baginda Rasulullah berdakwah kepada mereka dan mereka pun memeluk islam. Rasulullah pun menggelarkan mereka dengan ‘mukraman”.Baginda menyuruh mereka supaya datang ke Madinah. Kemudian mereka menempuh Thaniyyah hinggakan mereka turun ke batan raem.Kemudian mereka tiba di Quba..
Tetamu: Hijrah baginda Rasulullah merupakan titik penting dalam mengasaskan tamadun Islam dan perubahan kota yathrib kepada Madinah al Munawwarah kearah perubahan keamanan dan toleransi.
Ms 17
Khaled: Kita sekarang berada di atas lembah Fatimah .Kita menggunakan helicopter ini daripda organisasi jarak geologi Arab Saudi. Yang bakal mengiringi kita sepanjang hari berikutnya dalam pencarian/pennyingkapan jalan hijrah baginda rasulullah. Badan ini telah mengkaji daripada sumber-sumber sejarah berkaitan perjalanan hirah baginda rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh dr zuhair nawwab. Mereka telah memuat turun perjalanan itu melalui peta GPS dan bersama kita hari ini ialah penunjuk jalan kita dan juga salah seorang daripada pengkaji projek ini iaitu Jamal Syuali.
Kita berada di atas jalan yang pernah ditempuh oleh Baginda Rasulullah. Ketika baginda Rasulullah berangkat meninggalkan gua thaur bersama sahabatnya Abu Bakar, pembantu Abu Bakar Amir bin fuhairah dan pakar penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqat lalu mereka menuju kearah selatan Mara yang mana sekarang dikenali sebagai Batha Quraiys kemudian kawasan al ka’kiyyah yang berhampiran dengan gunung Makkah sebelah barat kemudian mereka menuju ke wadi al symesi, mereka melalui dataran yang luas yang menghubungkan ke wadi Sarf kemudian mereka merentasi Hudaibyaah melalui jalan Makkah yang lama. Hudaibiyyah di sebelah kiri dan Maara berhampiran wadi Fatimah, disana mereka mendapatkan bekalan air kerana disana terdapat mata air yang mengalir dan juga terdapat telaga pada masa itu.
.Abu Bakar merupakan seorang lelaki yang terkenal di dalam perniagaannya dan perjalanannya, apabila ada sesiapa yang bertanya kepada beliau sewaktu diperjalanan tentang baginda Rasulullah maka beliau akan mengatakan bahawa lelaki ini penunjuk jalan saya, maka orang yang bertanya akan menyangka baginda sebagai penunjuk jalan…
Kemudian mereka menuju ke Thaniyyah al mirar dinamakan juga sebagai faj al Karimi terletak diantara gunung makasar dan gunung Dhaf.kedua-dua gunung ini mengadap ke wadi Fatimah dan disini lah cerita berkaitan perjalanan malam untuk penunggang kuda Quraisy dan penunggang kuda al Jawaiz yang mana mereka ingin mendapatkan 100 ekor unta sebagi ganjaran kepada penangkapan Baginda Rasulullah atau pembunuhannya.
Diriwayatkan oeh Imam Bukhari daripada Abu Bakar as siddik r a berkata: jalan menjadi lengang tidak dilalui oleh seseorang pun, kami berlindung dibawah naungan batu besar yang tidak sampai matahari ke bawahnya. Kami aku berkata kepada Rasulullah, tidurlah wahai Rasulullah, maka baginda pun tidur, maka aku pun berkata, adakah kambing anda mempunyai susu? Dia berkat ya, aku berkata kepadanya lagi: bolehkah diperah, dia berkata ya: lantas dia membawa kambing dan aku berkatanya kepadanya bersihkan lah susu lembu daripada tanah, Maka dia pun memerah susu kambing tersebut, maka aku bawakan susu itu kepada baginda Rasulullah dan baginda pun minum daripadanya, dan juga berwudu dengannya.Aku pergi mendapatkan Baginda.
MS 18
Saya tuangkan beliau segelas air untuk dicampurkan dengan susu supaya susu tersebut menjadi sejuk sedikit dan aku berkata kepada baginda Rasulullah minumlah wahai Rasulullah maka baginda pun meminumnya maka baginda pun berkata bukankah masa untuk berangkat? Aku berkata sudah tentu..maka kami semua pun berangkat.
Khaled: dan disini lah berlakunya kewujudan batu yang diceritakan oleh saidina Abu Bakar r.a dan disinilah mereka berjalan selapas waktu Isya’ sehingga hari yang kedua perjalanan kerana ketiadaan gunung-ganang dan pokok-pokok untuk berlindung dan bersembunyi dibelakangnya.
Selepas rombongan Nabi bergerak diantara dua gunung yang besar gunung mukassar disebelah timur, dan gunung Dhaf disebelah kiri dan diantara kedua gunung tersebut lembah yang dinamakan Faj alKarimi maka menujulah rombongan ini Sob asfan melalui jalan Lembah al Baidha’.
1- Tiba lah rombongan ini Jaila Asfan disebelah kanan jauh daripada arah al Ghaula’ melepasi Thaniyyah Naqri. Selepas itu rombongan ini melalui sebuah perkampungan yang dinamakan Gharan. Kemudian sampai di Amaj sekarang tidak diketahui . Maka rombongan baginda pun beristirehat pun beristirehat dekat gunung yang terletak di Qura Khalis yang dinamakan sebagai gunung Jamdan berhampiran dengan gunung Hurah Naqrah. Selepas itu rombongan ini meneruskan perjalanannya merentasi lembah Khalis al Kabir melalui tasik Khalis al wasi’ dan Thaniyah Niqra yang terletak di arah timur laut kampong al ujaniyah diantara kawasan al Naqrah dan hurrah atthaniyah. Ia merupakan satu-satunya laluan yang membolehkan sampai ke sahal al kadid, sahal al kadid ini merupakan kawasan batu batan dan kawasan yang mempunyai belerang dan disini persimpangan jalan yang selamat dan kelangsungan jalan konvoi yang mudah untuk ditempu.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada ibnu Mas’ud berkata: ketika itu aku kanak-kanak, aku mengembala kambing kepunyaan Uqbah bin Abi Mu’it di Makkah, maka aku didatangi oleh Baginda Rasulullah dan juga Abu Bakar, mereka sedang lari daripada kaum Musyrikin lantas beliau berkata : Wahai anak adakah engkau mempunyai susu untuk diminum, maka aku menjawab : saya cuma menjalankan tugasan sebagai pengembala. saya tidak dapat memberi anda berdua minum. Kemudian baginda berkata lagi: adakah engkau mempunyai seekor kambing yang belum dikawani oleh kambing jantan yang lain? Dan saya menjawab : ada, lalu saya bawakan kambing itu kemudian Abu Bakar mengikatnya lantas baginda Rasulullah memegang susunya dan berdoa maka penuhlah pundi susu tersebut . Abu Bakar membawa kan bekas daripada batu dan beliau memerah susu tersebut. Mereka berdua meminumnya kemudian mereka memberi ku meminumnya pula. Selepas itu Baginda berkata kepada pundi susu tadi : Mengecutlah, maka mengecutlah pundi susu tadi.Aku pergi menghampiri Baginda Rasulullah, dan berkata kepadanya : ajarkanlah saya perkataan yang menarik ini(alQuran). Baginda berkata: “Awak sebenar nya sudah mempelajarinya” maka aku telah mengambil terus daripada Baginda sebanyak 70 surah, tidak ada seorangpun yang dapat menngugatku.Ini adalah merupakan satu Mukjizat.
2- Kemudian rombongan ini telah sampai Thaniyah Laft di daerah Khulais yang mana ketinggian tempat ini dari aras laut ialah 110 meter. Kawasan Ini dipenuhi dengan ketebalan pasirnya.Kemudian mereka meneruskan perjalanan lagi sehingga sampai di dataran yang luas yang dinamakan Khabat alHumaira’ juga
MS 19
merupakan kawasan yang mempunyai pasir yang tebal dan beberapa batang pokok.Thaniyyah Laft merupakan satunya laluan yang boleh dilalui oleh mana-mana kafilah atau konvoi di Daerah Khulais ini.Ia nya yang terletak di bahagian utara dataran Khulais yang dipenuhi dengan batuan-batuan hitam yang menyukarkan untuk dilalui.Adapun sekarang kawasan ini telah dilitupi oleh pasir dan tidak boleh lagi dilalui.
Dr Khaled
Ini lah laluan konvoi-konvoi, sepeti yang anda semua perhatikan jalan ini dulunya dibatasi oleh 2 batasan yang mana ketinggian batasan ini ialah hamper satu meter, batasan bertujuan untuk melindungi laluan ini daripada timbusan pasir. Laluan ini juga merupakan jalan yang penting pada zaman kerajaan Umawiyyah kemudian berkembang pada zaman kerajaan Abbasiyyah yang mana ketika itu Khalifah Harun al Rashid dan Khalifah-khalifah yang lain telah menyumbang bagi memperelok jalan tersebut untuk memudahkan para Jemaah haji. Begitu juga isteri beliau yang telah menyumbang dalam mempermudah perjalanan Jemaah haji dengan mendirikan beberapa kedai dan tempat minum kepada Jemaah disepanjang jalan tersebut.
Laluan-laluan bagi Jemaah haji yang datang dari luar sejak dahulu lagi adalah tidak begitu konsisten dari sudut keselamatnny dan kemudahannya. Ianya bergantung kepada keadaan politik semasa kerajaan yang memerintah melainkan 3 laluan utama yang dikatakan mempunyai keselamatan dan kemudahan yang terpelihara iaitu jalan para Jemaah haji yang datang dari arah Iraq, jalan dari Arah Mesir dan jalan dari Syam.
Khaled:
Beginilah keadaan Baginda Rasulullah saw menunggang unta ketika berhijrah ke Madinah bersama sahabatnya Abu Bakar as Siddiq, orang suruhannya Amir bin Fuhairah dan penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqit. Menunggang unta ini bukan lah merupakan perkara mudah lebih-lebih lagi menunggang di kawasan yang berbatu-batan dan jarak sejauh 420 km.Perjalanan diantara dua gunung.Rombongan baginda menempuh perjalanan dipadang pasir ini yang dikiri kanan terdapat gunung ganang dan selepas itu bakal menempuhi jalan yang sukar yang ketinggiannya melebihi 1300 meter , namun unta tunggangan tersebut masih dapat menanggung dan masih mampu untuk mendaki menempuh jalan tersebut.
Ini adalah dia unta dan ini lah jalan laluannya, sebenarnya menunggang unta ini tidak lah sama seperti menunggang kuda ia lebih susah tetapi ia mempunyai kelebihan dimana ia mampu berjalan perjalanan yang jauh dengan berbekakalkan air yang sedikit.
3- Kemudian Rombongan baginda merentasi lembah Qudaid yang terdapat di sana kawasn perkhemahan (penempatan) Ummu Ma’bad dimana Baginda Rasulullah pernah menjadi tetamu di sana pada suatu ketika dahulu seperti mana yang pernah diriwayatkan didalam sebuah cerita yang terkenal.
Maka di dalam perjalanan ke Madinah ini rombongan baginda merentasi kawasan Ummu Ma’bad di lembah Qudaid yang juga merupakan kawasan tempat tinggal Khuza’ah iaitu kakak kepada Khunais bin Khaled al Khuza’i.Maka pernah diriwayatkan oleh Khunais bin khaled yang merupakan seorang sahabat: bahawa Rasulullah saw ketika keluar dari kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah bersama Abu bakar as siddiq, orang suruhan Abu bakar Amir bin Fuhairah dan penunjuk jalan al Laisi Abdullah bin Uraiqit. Mereka semua melalui kawasan kem kediamanku Umm Ma’bad al Khuzaiyyah. Dia merupakan seorang perempuan tua yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Dia sedang duduk di dalam khemahnya
MS 20:
Dia akan memberi minum dan makan kepada sesiapa saja yang lalu di Khemahnya itu. Maka rombongan baginda pun bertanyakan kepada perempuan tua tersebut sama ada mempunyai daging dan juga buah kurma untuk mereka beli daripadanya. Malangnya dia tidak mempunyai bekalan daging dan buah kurma.Ini kerana bekalan tersebut telah kehabisan disebabkan pada tahun berkenaan tahun tidak subur (kekeringan) dan kaum mereka ramai yang kelaparan. Baginda Rasulullah telah melihat seekor kambing di sudut khemah tersebut lantas berkata: Kenapa dengan kambing ini wahai Umm Ma’bad? Umm Ma’bad menjawab: kambing itu lemah. Baginda bertanya lagi: adakah dia mempunyai susu? Dia menjawab kambing itu lebih teruk lagi keadaannya (tidak mempunyai susu) Rasulullah bertanya lagi : adakah boleh untuk aku memrahnya? Dia menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah
Maka rasulullah berdoa dan memegang pundi susu kambing tersebut serta membaca Bismillah, maka perempuan tua tadi pun terkejut melihat kambing tersebut membuka kakinya untuk diperah susunya dan Baginda meminta bekas yang besar untuk menampung susu tersebut sehingga dapat memberi minum beberapa orang yang lain sehingga mereka hilang dahaga. Baginda Rasulullah adalah merupakan orang yang terakhir meminumnya. Kemudia baginda memerah lagi susu kambing tersebut sehingga penuh lah bekas tadi dan ditinggalkan kepada Umm Ma’bad tadi kemudian Baginda membayar apa yang telah mereka minum tadi lalu beredar meninggalkan tempat itu.
Apabila suami Umm Ma’bad pulang ke rumah membawa bersama seekor kambing kurus yang tidak bermaya.Apabila suami umm Ma’bad melihat susu di dalam bekas dia pun terkejut dan berkata: dari mana kamu memperolehi susu ini wahai Umm Ma’bad? Sedang kan kambing masih belum pandai mengawan dan belum dibawa meragut rumput di kawasan lain, dan juga tiada pula dirumah kita ini kambing yang boleh diperah susunya. Maka Umm Ma’bad pun menjawab : bukan begitu..Demi Allah tadi telah lalu seorang yang mempunyai berkat dikawasan kita ini dan dia berkata lagi : keadaan orang nya begini dan begini. Lalu Abu Ma’bad meminta untuk menerangkan sifat baginda Rasulullah daripada isterinya. Maka isterinya pun berkata: saya melihat dia adalah seorang lelaki yang kacak dan baik serta wajahnya yang bercahaya-cahaya, baik budi pekerti, tidak kurus, kepalanya yang sedang, tampan, bola matanya yg hitam,alis matanya yang panjang, suaranya yang lemah lembut, leher yang panjang, janggut yang lebat dan panjang yang bercantum dengan rambut. Seandainya dia senyap dia kelihatan tenang, apabila berkata-kata melambangkan ketinggian nya, secantik-cantik manusia apabila dilihat dari jauh, semanis-manis dan sebaik-baik manusia apabila dilihat dari dekat, indah ungkapannya tidak bercakap melainkan yang perlu.Mempunyai para sahbat yang mengelilinginya, sekiranya dia berkata semua mereka akan mendengar percakapannya dan sekiranya dia memberi arahan semuanya bergegas untuk melaksanakannya, semua orang akan suka berada disapingnya. Tidak pula bermasam muka.
MS21
Lalu Abu Ma’bad berkata : Demi Allah dia lah orang yang disebut-sebut oleh kaum Quraisy di Makkah. Sesungguhnya aku teringin benar bersahabat dengannya dan aku akan usahakan sekiranya ada jalan untuk aku berbuat demikian.
***
Umm Ma’bad pernah menceritakan bahawa :kambing-kambingnya bertambah banyak dan berkembang lalu dibawanya sebahagian kambing-kambing tersebut ke madinah bersama dengan anaknya. Pada ketika itu Abu Bakar lalu berhampiran dengan Umm Ma’bad dan anaknya. Maka anak Umm ma’bad telah perasan bahawa yang lalu itu ialah Abu Bakar lalu dia berkata kepada ibunya: Wahai ibu, ini lah dia lelaki yang bersama dengan alMubarak(baginda Rasulullah). Umm Ma’bad lantas bangun dari duduknya dan berkata: wahai Abdullah siapakah lelaki yang bersamamu dahulu? Abu bakar menjawab : Adakah kamu tidak mengenalinya? Umm Ma’bad menjawab: tidak, lalu Abu Bakar menjawab: dia lah Nabiyullah(utusan Allah). Maka Abu bakar membawa Umm Ma’bad bertemu Baginda Rasulullah dan Baginda Rasulullah telah menjamu dia dengan makanan. Di dalam cerita yang lain Umm Ma’bad telah pergi bersama Abu Bakar untuk bertemu Baginda Rasulullah lalu dia menghadiahkan Baginda cendera mata orang badwi, Baginda Rasulullah juga memberi dia pakaian dan juga cenderamata yang lain.Akhirnya dia bersama suaminya telah berhijrah dan adiknya Khunais memeluk Islam. Beliau telah mati sebagai seorang syahid pada waktu pembukaan kota Makkah.
Dr. Khaled :
Rombongan Baginda Rasulullah pun meneruskan perjalanan kearah timur laut menuju kawasan Qudaid. Rombongan ini telah memilih laluan ini untuk mengelakkan daripada menempuh jalan sebelah barat yang terdapat berhala-berhala. Kemudian mereka melalui thaniyyah alMusyallal yang merupakan sebuah kawasan menuju kearah daerah Qudaid, daerah Musyallal ini sekarang dikenali dengan alQudaidiyah.Ianya merupakan sebuah lembah yang mudah dilalui, di sini terdapat juga kesan jalan lama disamping terdapat juga di kawasan puncak Thaniyyah tersebut lukisan dan ukiran lama .
Pada episode yang akan datang satu peristiwa yang tidak dijangkakan bakal berlaku ke atas rombongan ini. Di mana salah seorang panglima berkuda daripada suku kaum Bani Mudallaj telah mengesan jejak rombongan Baginda Rasulullah bagi memperolehi 100 ekor unta ganjaran kepada sesiapa yang Berjaya menangkap atau membunuh baginda rasulullah saw dan 100 ekor lagi ganjaran bagi sesiapa yang dapat menangkap atau membunuh Abu Bakar as Siddiq ra.
Episod ke tiga
Percubaan Abdullah bin Araiqat pakar penunjuk jalan untuk menjahui laluan yang biasa ditempuh oleh kafilah-kafilah pedagang dan para musafir nampaknya tidak Berjaya kerana mereka telah diperhatikan oleh salah seorang daripada bani Mudlij …. Yang telah memrhatikan mereka daripada jauh dan mengkhabarkan kepada kaumnya.Sejurus mendengar perkhabaran itu salah seorang daripada panglima perang berusaha mengekori rombongan baginda rasulullah untuk memperoleh hadiah yang telah ditawarkan.
4- Rombongan baginda Rasulullah berjalan kearah wadi kulliah yang digelar juga wadi fasih yang mana kepanjangannya melebihi 50 km dan 78 m ketinggian dari aras laut. Maka disini berlakulah peristiwa Suraqah bin Malik.
Khaled: Ini adalah kawasan penempatan Bani Madlajah, terdapat suatu tempat dikawasan ini berlaku peristiwa Suraqah bin Malik. Peristiwa tersebut berlaku seperti yang telah diriwayatkan sendiri oleh Suraqah,
Ketika beliau dan beberapa orang yang lain didalam sebuah majlis, mereka telah didatangi oleh salah seorang lelaki dari kaum mereka sendiri, Lalu lelaki tersebut berkata Wahai Suraqah, aku telah ternampak satu kumpulan yang sedang datang dan aku sangka mereka adalah kumpulan yang dikehendaki oleh kaum Quraisy.Suraqah telah mengetahui perkara ini tetapi dia menafikannya kerana sebenarnya dia mahukan hadiah yang ditawarkan maka dia pun berkata: bukan, itu bukan kumpulan yang dikehendaki oleh kaum Quraisy.Selepas selesai majlis tersebut maka Suraqah pun keluar dan terus pulang kerumah.Dia telah menyuruh hambanya menyediakan kuda kemudian dia mengambil pedangnya dan menaiki kuda untuk mengekori baginda Rasulullah dan rombongannya untuk mendapatkan 100 ekor unta yang telah ditawarkan oleh pihak Quraisy bagi sesiapa yang dapat menangkap Muhammad samaada hidup atau mati.
Latar : Imam Bukhari tekah meriwayatkan, daripada Abu Bakar r.a : Kami meninggalkan Makkah sedangkan Quraisy mahu menangkap kami, tidak sorang pun yang dapat mengekori kami melainkan Suraqah bin Malik, maka aku berkata kepada Rasulullah, ada seseorang (Suraqah) telah dapat menjejaki kita.Rasululluh berkata, jangan lah kamu bersedih. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.
Khaled: Kemuadian apabila Suraqah hamper sampai kepada mereka, tiba-tiba kedua kaki hadapan kuda Suraqah tenggelam kedalam tanah.Suraqah mengeluarkan peralatannya untuk menilik keadaan,samaada memihak kepadanya atau sebaliknya.
Latar: Maka hasil tilikannya adalah tidak memihak kepadanya.Tetapi Suraqah enggan lalu meneruskan niatnya sehinggalah dia sampai ketempat dimana beliau mendengar suara Rasulullah berdoa, maka ketika itu sekali lagi kaki kuda beliau tenggelam kedalam tanah sehingga keparas lutut.Dia turun dari kudanya dan berusha mengeluarkan kaki kudanya dari tanah, apabila kaki kudanya Berjaya dikeluarkan muncul pula asap seperti ribut yang keluar dari tempat kaki kuda terbenam tadi.Maka Suraqah mula menyedari bahawa ada perkara yang tidak kena telah berlaku, maka sekali lagi dia menilik keadaan, sekali lagi keadaan tidak memihak kepadanya.Maka Suraqah pun memanggil rombongan Rasulullah.dan dia terus mendapatkan Rombongan itu.
Maka dia pun mengkhabarkan kepada Baginda Rasulullah bahawa kaumnya telah menjadikan diat untuknya. Dia juga memberitahu kepada Baginda tentang apa yang dikehendaki oleh Quraisy terhadap Rasulullah.Suraqah telah menawarkan kepada rombongan Rasulullah bekalan dan juga keperluan. Sedangkan mereka tidak mahukan apa-apa pun dari Suraqah melainkan Rasulullah hanya meminta supaya Suraqah menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan yang lain.Suraqah telah meminta baginda untuk menulis surat (kitab aman) maka baginda meminta Amir bin Fuhairah menulis apa yang dikehendaki oleh Suraqah di atas sekeping kulit. Kemudian mereka pun beredar.
Khaled: Bani Madlajah terkenal dengan kepakaran mereka menjejak kesan, oleh yang demikian mereka bercita-cita untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan bagi membunuh Rasulullah S A W atau menangkapnya.Tetapi hadiah yang ditawarkan ini telah menjadi penyebab kepada Suraqah mendapat hidayah dimana suatu peristiwa yang dianggap sebagi mukjizat ketikamana kedua kaki Suraqah telah tenggelam ke dalam tanah lalu dia menyerah kepada rasulullah maka rasulullah pun memberi berita gembira
Kepada beliau bahawa beliau akan memakai kalung raja Parsi pada suatu hari nanti.Maka sesungguhnya berlakulah perkara mukjizat pada zaman Saidina Umar al Khattab selepas kerajaan Islam menawan kerajaan Parsi. Saidina Umar pun menyeru kepada orang ramai, dimanakan Suraqah? Saidina Umar pun menyerahkan kalung raja Parsi tersebut kepada Suraqah dan berkata ini lah dia berita gembira yang pernah dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah kepada kamu.
Latar: Ketika Suraqah kembali kepada kaumnya,beliau pun memberitahu kepada kaumnya…begitu ceritanya Suraqah yang mana pada mulanya ingin mendapatkan dan menangkap baginda Rasulullah, tetapi akhirnya telah berpihak kepada Rasulullah.
Tetamu: Abu Bakar as Siddik ketika dalam perjalan lebih bimbang akan keselamatan Rasulullah daripada dirinya sendiri. Ini menyebabkan beliau kadang-kadang berjalan dihadapan Baginda, kadang-kadang dibelakang, di kanan dan dikiri baginda.Maka Baginda Rasulullah pun bertanya kepada beliau tentang keadaan itu.Maka Saidina Abu Bakar pun berkata: wahai Rasulullah. Ketika mana aku teringatkan orang yang mengekori untuk mendapatkan dan menangkap kita, aku berjalan dibelakang engkau supaya aku dapat melindungi kau daripada mereka. Begitu juga kalau aku jangkakan sesuatu yang akan datang dari arah hadapan maka aku akan berjalan dihadapan engkau…..Ini menunjukkan betapa telusnya dan ikhlasnya Saidina Abu bakar kepada Baginda Rasulullah.
Latar: kemudian rombongan ini mendaki Thaniyyah Wabrah yang merupakan sebahgian daridapda kawasan yang dinamakan al Wabariyyah. Ia merupakan kawasan yang rendah dan ketinggiannya daripada paras laut adalah 49 meter.
Ahli sejarah ada menyebut ketika mana rombongan baginda tiba Juffah. Mereka menjumpai seekor unta lalu baginda bertanya kepada mereka yang berada di situ. Siapakah pemilik unta ini? Mereka pun menjawab seorang lelaki daripada Aslam. Mendengar jawapan itu Baginda pun memberitahu Saidina Abu Bakar, terselamatlah kamu Insya Allah.Dan apabila Baginda bertanya kepada pengembala unta tersebut siapakah nama kamu?Pengembala tersebut menjawab: Mas’ud. Rasulullah memberitahu kepada Saidina Abu Bakar,gembiralah kamu InsyaAllah.
Pada masa itu salah seekor daripada unta baginda telah ketinggalan di belakang, apabila datang tuan punya unta, iaitu Aus Bin Abdur Rahman bin Abdullah bin Hujri al Aslami lalu memberi kepada Baginda Rasulullah dan Abu Bakar seekor unta jantan yang kuat sebagai ganti kepada unta yang ketinggalan dibelakang.Dan beliau juga meminta kepada Mas’ud pengembala unta-untanya untuk mengiringi baginda dan Abu Bakar dan menunjukkan jalan kepada mereka sehingga menjumpai jalan yang mereka ketahui.Bahkan Mas’ud telah menghantar mereka sampai ke Madinah kemudian pulang semula.Baginda sempat berpesan kepada Mas’ud untuk disampaikan kepada tuannya supaya memberi tanda kepada unta beliau.
Khaled: Rasulullah telah datang dari kawasan ini terus menuju kearah Ghadir Khum.Ghadir Khum merupakan tempat takungan mata air dan juga tempat takungan hujan.Disini Baginda Rasulullah telah meminum air dari tempat takungan tadi.Tempat ini yang pada mulanya dipenuhi dengan air yang datang dari mata air dan hujan tetapi sekarang telah tiada kerana kekurangan hujan dan juga timbunan pasir.Ini lah dia tempat yang dinamakan Ghadir Khum.
5 Latar: Kemudian Rombongan Baginda merentasi Thaniyah al Ubairiq disebelah kiri mereka perkampungan al Hikak, Thaniyyah Ubairiq adalah Thaniyyah al Mirar seperti mana yang terdapat di dalam sejarah Hijrah Nabi. Ketinggaian thaniyyah ini adalah 117m dari paras laut.Kemudian mereka meneruskan perjalanan mereka merentasi Lembah al Buhairah manakala disebelah kanan mereka gagasan gunung yang dinamakan Juzaib Gharra’ kemudian mereka melalui kampung Nuwaibi’ di sebelah kanan mereka Kampung Nuwaibi’ mempunyai lembah
dimana terdapat ladang dan sumber air.Mereka juga menempuh Lembah Sad dan seterusnya melalui sebuah lembah yang luas iaitu Lembah al Khums.Mereka tidak melaui Ra’ Harsya’ iaitu jalan yang banyak risiko untuk.Tetapi jalan ini digunakan juga oleh Rasulullah dalam perjalanan-perjalanan berikutnya seperti didalam perjalanannya ke medan peperangan, penyebaran dakwah dan ketika beliau melakukan umrah ke Makkah. Disamping itu juga jalan ini agak panjang.
Rombongan ini telah bertemu dengan Buraidah bin al Hasib al Aslami di kawasan Ghamim. Beliau merupakan ketua kaumnya pada ketika itu.Buraidah juga merupakan salah seorang yang mempunyai misi untuk menangkap Baginda Rasulullah dan Abu Bakar samaada hidup atau mati untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh pihak Quraisy.Ketika bertemu dengan Rasulullah, maka Rasulullah pun menceritakan kepadanya tentang Islam.Buraidah tertarik dengan cerita Rasulullah maka beliau pun memeluk Islam. Turut islam juga bersama beliau ketika itu hampir 80 buah rumah daripada kaumnya.Buraidah turut bermalam bersama Baginda Rasulullah dan pada keesokannya Buraidah berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah engkau tidak akan masuk ke Madinah melainkan bersama mu bendera. Lalu Buraidah menanggalkan serbannya dan diikatkan di sebatang lembing lalu beliau bersama Baginda Rasulullah meneruskan perjalanan ke Madinah.
Tetamu:Buraidah r .a bin Husaib al Aslami digelar dengan panggilan abu Abdullah juga mempunyai gelaran yang lain seperti abu san, abu nusaib, abu sasan. Baginda Rasulullah pernah melalui kawasan penempatan Buraidah di kampong Ghamim dalam perjalanan ke Madinah.Buraidah telah memeluk Islam dengan cara yang menakjubkan dimana ketika nabi bertemu dengannya.Nabi pun bertanya kepadanya : siapa namamu? beliau menjawab: Buraidah.Baginda Rasulullah merupakan seorang yang cukup optimis dengan nama tersebut lalu Baginda berkata kepada Abu Bakar urusan kita menjadi sejuk(berkurangnya dugaan) dan bertambah baik. Baginda bertanya lagi kepada Buraidah.Anda dari keluarga apa? Buaraidah menjawab dari keluarga Aslam. Lantas Rasulullah pun berkata telah selamat lah kita(diambil dari perkataan aslam).selepas itu Buraidah pula bertanya kepada Baginda Rasululluh.Siapakah anda? Saya Muhammad bin Abdullah, utusan Allah.Maka terus Buraidah mengucap kalimah syahadah. Islam lah Buraidah dan Islam jugalah 80 buah rumah bersama dengan beliau.Buraidah berkata pada saat-saat beliau memeluk Islam: telah Islam lah Kabilah Bani Sahm dengan hati yang terbuka tanpa sebarang paksaan.Pada malam itu Baginda Rasulullah mendirikan solat Isya’ bersama mereka.
Di dalam perjalanan Baginda dan rombongan bertemu dengan seorang hamba pengembala kambing.baginda Rasulullah dan rombongan meminta dari pengembala tersebut makanan dan susu. Pengembala tersebut meminta maaf kerana setiap kambingnya tidak mempunyai susu melainkan seekor saja yang mempunyai susu itupun bakal kering tidak lama lagi.Baginda Rasulullah meminta izin untuk menggosok-gosok susu kambing tersebut dan memerahnya.maka semua rombongan tadi dapat minum dari susu yang diperah tadi sehingga kesemuanya kenyang.Apabila pengembala melihat kejadian itu maka pengembala itu pun memeluk islam dan meminta untuk turut serta bersama Baginda ke Madinah.Tetapi baginda meminta agar beliau menunggu sehingga keadaan di Madinah stabil kelak.
Latar: 6 Dari Lembah Khums rombongan Baginda meneruskan perjalanan ke arah selatan ke kawasan yang agak tinggi dimana ianya agak sukar untuk didaki.Selepas pendakian tersebut, jalan penurunan agak senang di lalui untuk sampai ke Thaniyyah Qasir . Thaniyyah ini terletak pada ketinggian 133m dari aras laut.Rombongan ini juga melalui dataran yang luar yang dinamakan Taman .Kemudian mereka mendaki ke kawasan Uwaiqir yang terletak diketinggian 243m dari aras laut. Rombongan ini meneruskan perjalanan dari Uwaiqir ke lembah an Nakhl.sebuah lembah yang luas. Air dari lembah ini bertemu dengan aliran air dari lembah Laqf. Dan aliran air dari kedua-dua lembah ini menuju ke lembah Qahah, terus ke lembah al Abwa’ .Rombongan Baginda Rasulullah merentasi lembah Laqf kerana hanya ini sajalah jalan yang boleh ditempuh dan tiada jalan yang lain.
Latar 8: Rombongan ini meneruskan perjalanan menuju ke madlajah yang pertama iaitu Madlajah Laqaf .Keddudukannya adalah 199m dari aras laut.seterusnya mereka melalui Madalajah yang kedua iaitu Madlajah Majaj yang mana kedudukannya dari aras laut setinggi 191m. Ianya juga terletak dipertemuan antara Syuaib Madlajah dan lembah Majah .Rombongan ini meneruskan perjalanan merentasi thaniyyah Majah . Thaniyyah ini mempunyai jalan yang boleh dilalui oleh rombongan kafilah(yang mempunyai unta).
Latar 9: Rombongan meneruskan perjalanan melalui kawasan pendakian yang tidak begitu tinggi dinamakan kawasan itu dengan nama Um kasyd . Dikawasan ini terdapat batu-batu yang tertulis padanya tulisan-tulisan dan ukiran lama.Dari kawasan tersebut mereka turun ke lembah Um kasyd kemudian tiba disebuah ladang tanaman yang bersempadan dengan lembah Thaqib. Ketinggian kawasan ladang tersebut dari aras laut ialah 206m.
10 – Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke Lembah Ujairid , di dalam buku sejarah dinamakan al ajrad. Mereka berjalan sehingga sampai dipertemuan dengan Lembah Salamah yang berada diketinggian 180m dari paras laut.Seterusnya mereka mendaki thaniyya Salamah .Thaniyyah ini merupakan thaniyyah yang sukar untuk didaki dan dituruni.tetapi ianya adalah jalan yang paling dekat untuk ditempuh.Mereka menuruni thaniyyah tadi untuk tiba di Syuaib Madlajah Ta’ahhun, terus mereka merentasi lembah Ta’ahun menuju ke arah barat daya.Mereka berhenti meminum air daripada Suqya , yang merupakan air mata air yang mengalir pada masa itu.kesan aliran itu masih kekal sehingga kehari ini. Thaniyyah as Salamah merupakan thaniyyah terpanjang di dalam perjalanan hijrah Baginda Rasulullah yang bermula dari penghujung Syua’ib salamah sehingga ke Syua’ib Madlajah
Khaled: Kita sekarang berada di Lembah al Qahah, sebelum ini kita di Lembah ….. iaitu di thaniyyah fed . Ini lah dia jalan yang ditempuh oleh baginda Rasulullah ke Madinah dalam hijrahnya.Jalan ini juga dilalui oleh Jemaah haji.Di perigi ini yang dinamakan telaga Tolub Baginda Rasulullah telah berhenti minum.Perigi ini sekarang telah tiada air di dalamnnya tetapi pembinaannya masih dalam bentuk yang asal.
12- Kemudian rombongan Baginda Rasulullah meneruskan perjalanan dan menghala kearah utara dengan melalui beberapa lembah sehinggalah mereka sampai dipersimpangan syua’ib al Hufah dan Syua’ib Tanadub .Di kawasan ini rombongan Baginda telah bertemu dengan Zubair bin Awwam bersama rombongan pedagang-pedagang muslimin yang lain di dalam perjalanan mereka pulang dari Syam.Zubair telah memberi pakaian putih kepada Baginda Rasulullah dan Abu Bakar. Kemudian rombongan Baginda Rasulullah bertemu pula dengan Talhah bin Ubaidillah yang di dalam perjalanan pulangnya dari Syam. Talhah juga telah menghadiahkan pakaian kepada Baginda Rasulullah dan Abu Bakar.
Khaled: Untuk memendekkan jarak perjalanan rombongan Baginda Rasulullah mendaki Thaniyyah Faid. Thaniyyah yang tidak tinggi ini mempunyai laluan untuk pejalan kaki dan juga haiwan.Juga terdapat ukiran-ukiran lama di batu-batu.Thaniyyah ini terletak di ketinggian 502m dari aras laut.
Thaniyyah aqanqal tidak lah begitu jauh kedudukannya daripada Thaniyyah Faid . tetapi di Thaniyyah ini laluannya agak berliku tambahan pula laluan tersebut diantara batu-batan yang keras. Thaniyyah ini tidak lah begitu tinggi malah ianya merupakan jalan yang paling dekat untuk dilalui.Jalan ini mempunyai lalun untuk pejalan kaki dan haiwan tunggangan.Ketinggian Thaniyyah ini dari aras laut ialah 728m.
Tetamu: Di dalam hijrah ini tidaklah menampakkan yang mana urusan islam itu besar. Ianya hanya diwakili oleh sekumpulan kecil yang beriman dan tidak mempuanyai apa-apa kekuatan. Akan tetapi bakal mencapai pada suatu hari suatu kemenangan yang besar.
Tetamu: kedudukan islam di Mekkah pada ketika Itu amat tertindas.Umat islam diseksa melainkan hanya segelintir yang terselamat disebabkan ada pihak yang melindungi mereka.Apabila Allah subhanahuwa ta’ala memerintahkan untuk berhijarah meninggalkan Makkah ke Madinah untuk memulakan penghidupan baru di sana.
Maka Baginda pun berhijrah dimana selepas semua rumah yang terdapat di Madinah sama ada dari kalangan Aus mahupun Khazraj kesemuanya telah memeluk Islam.
13- Didalam perjalanan seterusnya, terdapat banjaran gunung Khuzaim di kanan mereka dan gunung Malih disebelah kiri mereka.kemudian rombongan ini melepasi Thaniyyah Rakubah. Thaniyyah ini merupakan Thaniyyah yang paling sukar untuk di lalui sepanjang perjalan hijrah baginda ini.Apabila mereka sampai di Araj. Mereka ingin bertanyakan arah jalan dari penduduk setempat. Penduduk menunjukkan mereka jalan yang paling hampir dan menjelaskan bahawa jalan tersebut terdapat 2 orang perompak dari kabilah Aslam yang bakal menunggu.Dua perompak itu digelar al Muhanan(2orang yang dihina). Baginda Rasulullah tidak memberi sebarang respon bahkan meneruskan perjalanan mengikut jalan yang ditunjukkan tadi. Apabila rombongan Baginda bertemu dengan 2 perompak tersebut maka Baginda Rasulullah mengajak mereka untuk memeluk Islam.Maka ditakdirkan Allah mereka pun memeluk Islam. Baginda Rasulullah menggelarkan mereka dengan gelaran almukramain(2orang yang dimuliakan).Baginda juga meminta mereka untuk datang ke Madinah kelak.
Khaled: Thaniyyah al Gha ir telah disebut di dalam cerita Hijrah Baginda.Disebelah kanan Thaniyyah ini ialah Rakubah . Thaniyyah ini terletak di jalan lama yang amat sukar. Laluannya terletak di antara dua gunung iaitu gunung Warqan disebelah barat dan gunung Qudus disebelah timur. Pembawa-pembawa unta pada kebiasannya akan menurunkan penumpang untuk melalui laluan ini.Banyak kejadian berlaku dimana unta-unta tergelincir ketika melauinya dan terjatuh. Ada yang patah dan ada juga yang mati.Kita sekarang berada salah sebuah tempat di kawasan Thaniyyah Gha ir .cuba lihat disana untuk turun dari kawasan ini memerlukan setengah hari untuk sampai dibawah. Cuba anda bayangkan berapa masa yang diambil untuk mendaki kesini.kalau kita sebahagian daripada lembah di sana agak tinggi kedudukannya.??????
14-Selepas Rombongan Baginda berehat untuk beberapa ketika maka mereka pun meneruskan perjalanan ke Lembah Rim kemudian terus ke Lembah Aqiq (Wadi Mubarak). Ia merupakan lembah yang besar.Air dari lembah ini mengalir ke Lembah Yathrib . Apabila rombongan hampir sampai ke Yathrib. Mereka menempuhi gunung A’yer di sebelah kiri mereka dan mereka juga telah melepasi kawasan penempatan kecil di kawasan Raht yang terletak di Quba’ .Seterusnya rombongan Baginda pun tiba di Quba’.
16 Tetamu: Ini adalah kerana Sistem politik itu sendiri memelihara hak-hak orang ramai sama ada lelaki, wanita kanak-kanak hinggakan hamba sekali bahkan haiwan juga diberikan hak-haknya.
Khaled : di kawasan ini puak ansar telah menyambut ketibaan Baginda Rasulullah dan rombongannya di sebuah masjid yang dinamakan Musabbih .Masjid ini berhampiran dengan masjid Quba’.
Latar: tatkala orang-orang muslimin mendengar berita ketibaan Nabi dari Makkah
Di sebelah rumah Abu Ayyub, maka Nabi pun bersabda yang mana sabda baginda di dengari oleh Abdullah bin Salam maka beliau pun kembali ke rumahnya.Rasulullah bersabda: rumah saudara kita yang manakah yang paling hamper? Abu ayyub berkata : saya wahai rasulullah. Ini rumahku dan ini pintu ku. Berkata Rasulullah, ayuh sediakanlah kepada kami tempat penginapan kami.Baginda Rasulullah S A W telah menetap di rumah Abu Ayyub sehingga selesai baginda membina masjid dan rumah baginda sendiri.
Dengan ini, maka tamatlah cerita tentang penghijrahan Baginda Rasulullah dan juga para sahabatnya. Bermula lah fasa baru yang lebih mencabar.Pihak Quraisy yang turut bersama dalam penghijrahan ini bakal mencetuskan bahaya yang besar kepada…manakala puak Yahudi Madinah yang mana selama ini mereka berharap akan diutuskan nabi dari kalangan mereka, untuk memerintah dunia, mula memusuhi Baginda dan bersepakat dengan puak Quraisy.Bermulalah Negara baru di Madinah yang membina tamadunan manusia dengan termetrinya satu perlembagaan yang pertama seumpamanya di dalam sejarah yang di beri nama piagam Madinah. Perlembagaan ini menjamin penjagaan pelindungan hak2 asasi penduduk yang tinggal di Madinah samaada muslim, bukan muslim dan juga Yahudi.Tetapi pihak Quraisy dan Yahudi Madinah telah mula mencetuskan peperangan yang bertali arus ke atas Negara baru ini. Bermula dengan peperangan Badr, Uhud, Khandak selain daripada …yahudi Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah dan juga Yahudi Khaibar.Kesemuannya mereka hendak menghancurkan Negara Islam. Tetapi Baginda Rasulullah S A W tetap Berjaya mengalahkan mereka dan baginda telah membina sebuah tamadun manusia dia dalam tempoh 10 tahun dengan menguasai Negara-negara Arab sehingga ke Negara rom dan Parsi sebuah Hadharah manusia yang hrbat yang di bina di atas asas-asas ke imanan dan taqwa. Pada penghujung kurun ke 10 hijrah sampailah sempadan Negara ini ke sempadan barat(Rom) dan kesempadan timur (China).Dapat mengalahkan 2 kuasa besar duni pada masa itu iaitu Parsi dan Rom. Semuanya ini adalah zatu hasil daripada penghijrahan dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah.Maka dengan ini selayaknya penghijrahan ini dinamakan sebagai Hijrah yang mengukir sejarah.